RIYADH, Arab Saudi, 10 Nov (Bernama) -- Sesi ke-26 Perhimpunan Agung UN Tourism bermula hari ini di Riyadh, menandakan sesi pertama dalam sejarah bagi rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta merupakan perhimpunan terbesar sejak penubuhan UN Tourism 50 tahun yang lalu. Kira-kira 160 delegasi dari negara anggota termasuk menteri, pegawai kanan, dan pemimpin industri serta masyarakat sivil berkumpul untuk meraikan lima dekad kerjasama antarabangsa di bawah tema “Pelancongan Berasaskan AI: Mentakrifkan Semula Masa Depan.”
Perhimpunan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Arab Saudi dengan kerjasama dan perancangan meluas bersama UN Tourism serta pelbagai rakan kongsi. Kerjasama ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Arab Saudi dalam memajukan industri tersebut dan memudahkan dialog berimpak di peringkat global.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial