MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN FRANCAIS GLOBAL: MISI DAGANGAN STRATEGIK KE DUBAI LONJAK PELABURAN DAN AKSES PASARAN TIMUR TENGAH

27/11/2025 04:28 PM

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA), telah melaksanakan program Special Business Matching (SBM) sempena Misi Perdagangan Khas di Queen Elizabeth 2, Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha strategik kerajaan untuk memperkukuh kehadiran francais Malaysia di pasaran global.

Misi ini menetapkan sasaran nilai potensi jualan mencecah RM20 juta, merangkumi rundingan pelaburan, pembukaan cawangan baharu dan peluasan rangkaian francais Malaysia di pasaran Timur Tengah. Sasaran ini dijangka dicapai melalui sesi padanan perniagaan berfokus serta penyertaan jenama francais tempatan berprestasi tinggi.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan