LES’ COPAQUE PRODUCTION UMUMKAN TAMAN TEMA UPIN & IPIN DI KING’S PARK GENTING HIGHLANDS SEMPENA LC XPO 2025

12/12/2025 04:27 PM

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., sebuah studio animasi terkemuka Malaysia dan pencipta watak animasi kesayangan ramai Upin & Ipin, meraikan Ulang Tahun ke-20 dengan pelancaran LC Xpo 2025, sambutan empat hari yang sarat dengan kreativiti, budaya, dan inovasi.

Bersempena dengan pencapaian yang bersejarah ini, Les’ Copaque Production secara rasmi mengumumkan projek impian yang telah lama dinantikan: Taman Tema Upin & Ipin yang bakal dibuka di King’s Park Genting Highlands melalui majlis tandatangan kerjasama antara Les’ Copaque Production Sdn Bhd dan Kings’ Park Management Sdn. Bhd. Kerjasama ini menandakan satu lonjakan besar dalam landskap edutainment Malaysia, dengan menjanjikan destinasi bertaraf dunia yang direka khas untuk seisi keluarga, kanak-kanak serta para peminat dari semua peringkat umur.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan