TOURISM MALAYSIA MERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI LAPANGAN TERBANG UTAMA

19/02/2026 09:43 AM

SEPANG, 19 Feb (Bernama) -- Tourism Malaysia meraikan musim perayaan Tahun Baru Cina menerusi siri aktiviti sambutan di lapangan terbang utama di seluruh negara. Sempena kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), inisiatif ini menonjolkan kekayaan warisan budaya berbilang kaum di Malaysia di samping memperkukuh reputasi negara sebagai destinasi pelancongan yang mesra, meriah dan inklusif.

Majlis sambutan utama telah berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 dengan kehadiran YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Beliau menyambut ketibaan pengunjung dengan mengedarkan cenderahati rasmi Visit Malaysia 2026. Turut hadir ialah wakil Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta penggiat industri pelancongan utama, mencerminkan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta dalam mempertingkatkan pengalaman pengunjung.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan