CHONGQING, China, 1 April (Bernama) -- Melangkah masuk ke dalam restoran stimbot "Bandar Bawah Tanah" di Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing, dan ia terasa seolah-olah seperti berjalan masuk ke dalam sebuah terowong masa kembali ke Chongqing lama. Diubah suai daripada bekas sebuah tempat perlindungan serangan udara, restoran stimbot ini mempunyai 218 meja yang disusun di seluruh ruang dan boleh memuatkan lebih daripada 1,300 orang pengunjung pada masa yang sama. Di dalamnya, dinding batu asal gua telah dipelihara, manakala ribuan tanglung langit berkelipan di siling, sekali gus mewujudkan satu suasana yang unik dan romantik.
"Mempunyai stimbot di satu tempat perlindungan serangan udara adalah merupakan satu pengalaman yang sangat baharu. Saya pasti akan mengesyorkan tempat ini kepada rakan-rakan saya," kata Jonathan, seorang pelancong dari Jerman, yang menemui restoran itu di media sosial dan terus berkunjung ke sana sebaik sahaja beliau mendarat di Chongqing.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial