SUKAN > BERITA

TERBUKA CHINA 2024: SOON HUAT-SHEVON MARA KE PENTAS FINAL

21/09/2024 12:51 PM

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pemain beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai hanya selangkah untuk meraih gelaran hatrik musim ini, apabila mara ke pentas final Terbuka China 2024 dengan menumbangkan wakil tuan rumah Cheng Xing-Zhang Chi, hari ini.

Pada aksi separuh akhir berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, pasangan suami isteri yang berada di ranking ke-12 dunia itu tampil dengan aksi positif bagi menumbangkan lawannya 21-18 dan 21-18, dalam tempoh 51 minit.

Menanti mereka di pusingan akhir antara wakil Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja atau pasangan tuan rumah Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

“Sangat gembira dengan pencapaian ini memandangkan ia pentas final ketiga kami musim ini.

“Ia juga merupakan pentas final pertama kejohanan berstatus Super 1000, jadi kami mahu meraih kejayaan muncul juara,” kata Shevon dalam audio yang dikongsikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan