SUKAN > BERITA

KIM SWEE TUNTUT PEMAIN CATAT KEMENANGAN HATRIK

28/10/2024 10:06 PM

KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengingatkan setiap pemain agar fokus sepenuhnya dalam usaha melakarkan kemenangan ketiga berturut-turut pada saingan Liga Super apabila menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Likas petang esok.

Beliau berkata skuad Sang Badak perlu mengekalkan momentum kemenangan dan prestasi seperti dua perlawanan sebelum ini ketika menewaskan Perak FC 4-2 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak pada 19 Okt lepas dan Penang FC 4-0 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Jumaat lepas.

“Kita tidak boleh mengambil mudah KDA FC dan saya tidak mengharapkan jaringan besar…Namun apa yang penting di sini kita berakhir dengan keputusan positif di mana ini meletakkan kita di kedudukan yang lebih selesa,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Beliau meminta penyokong setia membanjir stadium esok dan memberikan sokongan padu bagi memastikan Sabah FC membawa pulang tiga mata penuh.

Sabah kini menduduki tangga ketiga Liga Super dengan 20 mata selepas enam kemenangan, dua seri dan empat kalah selepas 12 perlawanan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan