SUKAN > BERITA

PENGLIBATAN SEBAGAI PENGANJUR SUKAN SEA 2027 MAMPU NAIKKAN IMEJ SARAWAK - TIMBALAN PREMIER

12/11/2024 11:41 PM

KUCHING, 12 Nov (Bernama) -- Penglibatan Sarawak sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027 boleh menaikkan imej negeri itu, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata walaupun kerajaan negeri perlu berbelanja besar, ia berbaloi kerana kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2024.

"Marilah kita terus mengangkat martabat sukan tanah air dan berusaha menjadi contoh terbaik dalam kerjasama dan semangat kesukanan. 

"Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada kita semua untuk terus menyokong pembangunan sukan di Malaysia, dan memastikan lebih banyak atlet Para kita berjaya di peringkat antarabangsa," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi Para SUKMA 2024 di sini malam ini.

Awang Tengah berkata kerajaan dan sektor swasta boleh bekerjasama untuk memperkenalkan program sukan berprestasi tinggi dengan menumpukan kepada pengambilan dan latihan atlet muda Para yang berbakat untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

"Semoga kita semua terus berusaha untuk menjadikan sukan sebagai platform yang mengeratkan hubungan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang dan budaya," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan