BERITA TERGEMPAR   Malaysia and ASEAN should continue to engage, attract investors from the United States, Europe and China without being forced to take sides -- PM Anwar | 
 SUKAN > BERITA

PASUKAN VAYU KEMBALI BERAKSI GARANG PADA HARI KEDUA RLIR 2025

22/01/2025 10:09 PM

LANGKAWI, 22 Jan (Bernama) -- Pasukan Vayu dari Thailand yang gagal beraksi pada hari pertama Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2025 semalam, menunjukkan 'taring' selepas berjaya menamatkan dua pusingan perlumbaan hari ini di kedudukan pertama.

Vayu yang dikemudi Kevin Whitcraft tidak dapat memulakan tiga pusingan perlumbaan semalam berikutan masalah teknikal dan selepas tamat lima pusingan, pasukan itu kini berada di tempat ketiga secara keseluruhan dalam kelas Racing dengan 12 mata penalti.

Tempat pertama masih diungguli pasukan The Next Factor dari Malaysia yang mengumpul lima mata penalti, diikuti pasukan Blitz dari Hong Kong dengan sembilan mata penalti dan pasukan ATM Sailing Team dari Malaysia berada di tempat terakhir meraih 13 mata penalti.

Pengemudi pasukan The Next Factor, Rolf Heemskerk berkata walaupun pasukan mereka gagal untuk berada di kedudukan pertama pada pusingan keempat dan kelima hari ini, mereka masih berada di tempat pertama secara keseluruhan dan yakin dapat memperbaiki kekurangan dalam baki perlumbaan.

Sementara itu, dalam kelas IRC 1, pasukan Char Chan dari Jepun terus mempamerkan kehebatan apabila mengekalkan kedudukan pertama dengan empat mata penalti diikuti pasukan Mata Hari dari Malaysia di tempat kedua (tujuh mata penalti) dan pasukan Team Jolt dari Singapura di tempat ketiga dengan 12 mata penalti.

RLIR 2025 yang dianjurkan di Royal Langkawi Yacht Club (RLYC), Kuah akan berlangsung selama lima hari dengan enam kategori iaitu Kelas Racing, Kelas IRC 1, Kelas IRC 2, Kelas Sportboats, Kelas Multihull dan Kelas Club.

 

KEPUTUSAN HARI KEDUA

 

KELAS RACING (selepas lima pusingan) :

1.The Next Factor (MAS) 5 mata penalti

2.Blitz (HKG) 9 mata penalti

3.Vayu (THA) 12 mata penalti

4.ATM Sailing Team (MAS) 13 mata penalti

 

KELAS IRC1 (selepas lima pusingan) :

1.Char Chan (JPN) 4 mata penalti

2.Mata Hari (MAS) 7 mata penalti

3.Team Jolt (SGP) 12 mata penalti

4.Uminoko (KGZ) 15 mata penalti

5.Red Rum One (SGP) 21 mata penalti

6.Sailing Dream (CHN) 22 mata penalti

7.Venture (NEU) 25 mata penalti

8.Kesini (SGP) 30 mata penalti

9.Team Malabar (MAS) 35 mata penalti

 

KELAS IRC2 (selepas empat pusingan) :

1.Phoenix (DEN) 7 mata penalti

2.PDRM Sailing Team (MAS) 9 mata penalti

3.Telaga Sail99 - UMT Racing Team (MAS) 12 mata penalti

4.The Blue Angel (MAS) 12 mata penalti

5.VG Offshore (MAS) 20 mata penalti

 

KELAS SPORTBOATS (selepas lima pusingan) :

1.RSYC Racing Team (MAS) 4 mata penalti

2.Navy 2 (MAS) 8 mata penalti

3.Navy 1 (MAS) 10 mata penalti

4.RSYC Sailing Team (MAS) 16 mata penalti

 

KELAS MULTIHULL (selepas empat pusingan) :

1.Haruki (AUS) 7 mata penalti

2.Twin Sharks (THA) 8 mata penalti

3.WOW (GBR) 9 mata penalti

4.Boreas (AUS) 16 mata penalti

5.Trident (GBR) 20 mata penalti

 

KELAS CLUB (selepas empat pusingan) :

1.Dash (MAS) 4 mata penalti

2.Wind of Change (NEU) 9 mata penalti

3.Suraya (AUS) 13 mata penalti

4.Marikh (MAS) 14 mata penalti

5.Onisama Sailing Racing (CHN) 25 mata penalti

6.Red Cap Sailing School (GBR) 26 mata penalti

7.Tofan (MAS) 28 mata penalti

8.Eveline (MAS) 29 mata penalti

 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan