KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menarik diri daripada menyertai Terbuka Swiss yang dijadualkan berlangsung di Basel Switzerland, minggu hadapan.
Menurut kenyataan dikeluarkan di media sosial oleh Team LZJ hari ini, pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.
“Team LZJ boleh sahkan bahawa Zii Jia menarik diri daripada Terbuka Swiss di Basel disebabkan kecederaan buku lali kanannya.
“Zii Jia akan mendapatkan rawatan selanjutnya sebelum sebarang pengumuman mengenai rancangan kejohanan yang akan disertainya dibuat,” menurut kenyataan itu.
Untuk rekod, Zii Jia mengalami kecederaan di Jelajah Akhir BWF Dunia pada Disember tahun lepas, namun masih menyertai Kejohanan All England.
Bagamamanapun pemain nombor lapan dunia itu tersingkir awal daripada All England selepas kalah kepada pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long 16-21, 12-21, pada pusingan pertama, semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial