SUKAN > BERITA

JEFRI DILANTIK KETUA PENGARAH MSN BAHARU

20/03/2025 06:07 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai ketua pengarah yang baharu bagi menggantikan Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak pada 3 April ini.

Pelantikan Jefri sebagai Ketua Pengarah MSN ke-10 berkuat kuasa pada 4 April 2025 itu diumumkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di Bukit Jalil hari ini.

 Jefri, 52, memulakan kerjaya di MSN sebagai pegawai di Bahagian Pembangunan pada 1993 dan kemudiannya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan di University of Miami, Florida, Amerika Syarikat sebelum kembali meneruskan khidmat di MSN pada 1999.

“Antara tanggungjawab dipikulnya dalam MSN ialah Ketua Unit Sukan Teras, Pengarah Cawangan Pelapis dan Pengarah Bahagian Atlet sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) pada 8 Januari 2024,” menurut kenyataan MSN hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan