KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pemain skuasy wanita utama negara, S. Sivasangari terpaksa melupakan hasrat melangkah ke pusingan suku akhir kejohanan Skuasy Terbuka Antarabangsa El Gouna 2025 di Mesir selepas tewas di tangan wakil tuan rumah Salma Hany, semalam.
Pemain nombor 11 dunia itu meraih kemenangan pada perlawanan pertama dan kedua 11-9, 11-4 namun kehilangan momentum selepas tewas pada baki perlawanan 7-11, 2-11, 8-11 dalam perlawanan berlangsung selama 51 minit.
Ia adalah kekalahan kedua Sivasangari sepanjang tiga pertemuan dengan pemain nombor 13 dunia itu.
Terdahulu, Sivasangari mara ke pusingan kedua kejohanan tersebut selepas menewaskan rakan senegara Aira Azman dalam masa hanya 17 minit.
Dalam pada itu, seorang lagi jaguh skuasy wanita negara Rachel Arnold akan berdepan pemain nombor empat dunia Olivia Weaver dari Amerika Syarikat dalam usahanya memburu slot ke suku akhir hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial