SUKAN > BERITA

RACHEL TERSINGKIR PADA PUSINGAN KEDUA EL GOUNA 2025

15/04/2025 11:02 AM

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir kejohanan Skuasy Terbuka Antarabangsa El Gouna 2025 di Mesir selepas tewas di tangan pemain nombor empat dunia dari Amerika Syarikat, Olivia Weaver awal pagi tadi.

Pada pusingan kedua berlangsung di El Gouna Conference and Culture Centre, pemain ranking ke-20 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan selepas tewas dengan keputusan 7-11, 4-11, 4-11 dalam tempoh 24 minit.

Ia merupakan kekalahan keempat Rachel kepada Weaver selepas empat pertemuan.

Weaver akan berdepan pemain Belgium, Tinne Gilis pada suku akhir selepas pemain itu menewaskan pemain New Zealand, Joelle King.

Ahad lepas, perjalanan pemain skuasy utama wanita negara S. Sivasangari juga berakhir pada pusingan kedua apabila tewas di tangan wakil tuan rumah, Salma Hany.

Kejohanan kategori platinum itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD435,000 (kira-kira RM1,921,544) buat kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan