SUKAN > BERITA

AIRA JUARAI TERBUKA BERMUDA 2025

04/05/2025 09:08 AM

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Pemain skuasy negara Aira Azman membuktikan statusnya selaku pilihan utama apabila menjuarai Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan pencabar dari Mesir Hana Moataz dalam perlawanan final awal pagi tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Devonshire, Aira yang kini berada di ranking ke-30 dunia meraih kemenangan bergaya 3-0 (12-10, 11-3, 11-6) dalam masa 27 minit.

Kejayaan itu turut mencatat sejarah peribadi buat Aira apabila merangkul kejuaraan pertamanya ke atas Moataz yang menghuni ranking ke-38 dunia.

Aira sebelum ini melakar kemenangan pada separuh akhir selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman untuk mengesahkan tempat ke pentas final kejohanan berkenaan.

Perlawanan itu dimulakan dengan aksi kurang baik apabila kecundang 4-11 sebelum kembali bangkit memenangi tiga set berikutnya 11-4, 11-8 dan 11-6. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan