SUKAN > BERITA

KDN FC PERLUKAN RM7 JUTA HADAPI MUSIM BAHARU LIGA-M

08/05/2025 05:02 PM

KOTA BHARU, 8 Mei (Bernama) -- Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) memerlukan dana antara RM6 juta hingga RM7 juta, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026.

Presidennya Rozi Muhamad berkata jumlah itu ditetapkan berdasarkan nasihat dan garis panduan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), susulan kelemahan aspek pengurusan kewangan pasukan pada musim lepas.

“Penstrukturan semula telah dilakukan melibatkan pegawai, pengurusan dan pemain bagi memperkukuh pasukan, selain membentuk pengurusan baharu berasaskan pengalaman supaya lebih bersedia menghadapi saingan liga.

“KDN FC juga menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa pihak termasuk penaja dan kerajaan negeri, dalam usaha memastikan kelab terus berdaya saing,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Penghargaan KDN FC bersama penaja serta rakan strategik di sini, malam tadi.

Berhubung urusan perlesenan kelab, Rozi berkata KDN FC kini giat menyelesaikan syarat pelesenan ditetapkan MFL dan First Instance Body (FIB), dengan setakat ini telah mencapai tahap penyelesaian lebih 90 peratus.

Pada majlis itu, Rozi turut mengumumkan pelantikan tokoh korporat Datuk Mohd Irwan Rizal Ali Napiah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu pasukan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan