SUKAN > BERITA

SEPAK TAKRAW PIALA ASIA: REGU MALAYSIA BERTEMU VIETNAM DI SEPARUH AKHIR

14/05/2025 11:31 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Regu negara menepati ramalan mara ke separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas mengetepikan Brunei dengan keputusan 2-0 pada aksi suku akhir di Stadium Titiwangsa, di sini malam ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Ahmad Mohd Zain bertemu regu Vietnam yang berjaya menundukkan Indonesia 2-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Terdahulu, Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) tidak berdepan masalah dalam mengekalkan momentum kemenangan selaku juara Kumpulan A pagi tadi untuk meraih mata pertama 15-7.

Kemasukan Mohammad Syahir Rosdi bagi menggantikan Muhammad Haziq menyuntik semangat pasukan sekali gus mengesahkan kemenangan ke atas Brunei dengan 15-4.

Sementara itu, dalam dua lagi aksi suku akhir menyaksikan India menewaskan Filipina 2-1 manakala Thailand menewaskan Jepun 2-0.

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan di peringkat separuh akhir esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan