SUKAN > BERITA

SEMANGAT JUANG KUNCI KEJAYAAN TFC BENAM KELANTAN TRW

04/10/2025 09:49 AM

KUALA NERUS, 4 Okt (Bernama) -- Semangat juang tinggi menjadi kunci kejayaan pasukan Terengganu FC (TFC) ketika mengalahkan Kelantan The Real Warriors FC (Kelantan TRW) 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di sini malam tadi.

Ketua Jurulatih Badrul Afzan Razali berkata beliau amat berpuas hati dengan tahap disiplin yang ditunjukkan pemainm sehingga membolehkan Skuad Penyu mengutip tiga mata penuh di hadapan lebih 2,000 penyokong.

Beliau berkata kejayaan itu, menjadi suntikan semangat untuk TFC meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan akan datang.

“Saya patut beri pujian pada pemain kerana menunjukkan semangat juang tinggi dari awal hingga tamat perlawanan.

“Alhamdulillah kita dapat penuhi sasaran mengutip tiga mata berharga untuk kekal di tangga ketiga liga (Liga Super). Saya lihat jentera serangan juga banyak berubah malam ini, berjaya sudahkan empat gol untuk kita atasi Kelantan,” katanya selepas perlawanan aksi Liga Super menentang Kelantan TRW malam tadi.

Sementara itu pengendali Kelantan TRW E. Elavarasan mengakui kualiti pemain antara faktor kekalahan pasukannya malam tadi.

Beliau berkata TFC memiliki tonggak pemain import yang lebih berkualiti, selain barisan tempatan yang sudah serasi di atas padang.

“Saya akui kita tewas kepada pasukan yang lebih baik. TFC punya barisan pemain yang lebih berkualiti dari bahagian tengah dan serangan yang baik.

“Kesilapan pemain ialah terlalu memberi ruang kepada pasukan lawan pada separuh masa pertama sehingga membolehkan mereka menjaringkan tiga gol...susah untuk kita buat lawan semula,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan