KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Skuad badminton remaja negara terpaksa akur apabila tewas 0-2 kepada China pada aksi suku akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2025 di Guwahati, India, hari ini.
Dalam perlawanan di Pusat Kecemerlangan Nasional itu, Malaysia tunduk dengan keputusan 36-45, 43-45 ,menerusi format baharu kejohanan yang menggunakan sistem terbaik daripada tiga set, dengan setiap set dimainkan sehingga 45 mata.
Perjalanan skuad remaja negara terhenti di peringkat suku akhir selepas tewas kepada pasukan China yang tampil lebih ampuh biarpun pemain negara menunjukkan semangat juang tinggi.
“Pasukan menunjukkan komitmen dan tekad yang jelas dan kini akan beraksi bagi penentuan tempat kelima hingga kelapan esok,” demikian menurut hantaran rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Facebook.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial