KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menampilkan aksi bertenaga sebelum tewas kepada pasangan handalan China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 di Odense, Selasa.
Pasangan tidak disenaraikan itu tewas 19-21, 21-18, 15-21 dalam pertarungan sengit selama 53 minit kepada pilihan kelima kejohanan yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Jyske Bank.
Sementara itu, beregu profesional lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan gandingan China, Xie Haonan-Zeng Wei Han 21-13, 21-15.
Cabaran besar menanti pasangan ranking dunia ke-24 itu apabila dijadual menentang juara dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada pusingan seterusnya.
Pasangan pilihan utama kejohanan itu sebelum ini mudah menewaskan beregu tuan rumah, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer 21-11, 21-11.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial