SUKAN > BERITA

TERBUKA AS: SIVASANGARI CEMERLANG, RACHEL DAN AIFA TERSINGKIR

20/10/2025 10:25 AM

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Jaguh skuasy wanita negara S.Sivasangari memulakan kempen Terbuka Amerika Syarikat 2025 dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua di Philadelphia, semalam. 

Pilihan ketujuh kejohanan itu tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pemain Mesir Kenzy Ayman 11-4, 11-9, 11-9 dalam tempoh 21 minit di Arlen Specter Squash Center.

Pemain berusia 26 tahun itu akan berdepan seorang lagi pemain Mesir Sana Ibrahim di pusingan kedua.

Bagaimanapun, dua lagi wakil negara Rachel Arnold dan Aifa Azman tersingkir awal selepas tewas dalam aksi pusingan pertama.

Rachel tewas kepada Fayrouz Aboelkheir dari Mesir 7-11, 7-11, 9-11 manakala Aifa tewas kepada pemain ranking kedua dunia juga dari Mesir Hania El Hammamy 2-11, 5-11, 8-11.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan