KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Bintang skuasy negara S, Sivasangari meneruskan momentum cemerlang di pentas antarabangsa apabila naik dua anak tangga untuk menduduki tangga keenam dunia, kedudukan tertingginya dalam ranking terkini Persatuan Skuasy Profesional (PSA) yang diumumkan hari ini.
Pemain berusia 26 tahun dari Kedah itu melonjak ke posisi berprestij berkenaan susulan aksi cemerlangnya muncul naib juara Kejohanan Terbuka Silicon Valley, kejohanan bertaraf PSA Gold yang berlangsung di Redwood City, California. minggu lepas.
Dalam laluan ke final, Sivasangari menewaskan pemain Mesir Kenzy Ayman, wakil Amerika Syarikat Amanda Sobhy serta Salma Hany dari Mesir, sebelum tunduk kepada pemain tuan rumah yang juga juara bertahan Olivia Weaver.
Pencapaian itu menyaksikan Sivasangari memintas pemain Jepun Satomi Watanabe dan wakil Belgium Tinne Gilis, sekali gus menempatkan dirinya dalam kelompok enam terbaik dunia buat julung kalinya.
Sementara itu, seorang lagi pemain negara Rachel Arnold turut memperbaiki kedudukannya apabila naik satu anak tangga ke ranking ke-19 kategori wanita.
Bagi saingan lelaki, pemain nombor satu negara Ng Eain You mengekalkan kedudukan di ranking ke-12 dunia.
- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial