SUKAN > BERITA

TERBUKA PERANCIS 2025: AARON-WOOI YIK GAGAL KE FINAL

26/10/2025 09:04 AM

KUALA LUMPUR, 26 Okt 26 (Bernama) -- Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal mara ke final selepas tewas straight set kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri pada separuh akhir Terbuka Perancis 2025.

Pada aksi di Glaz Arena, gandingan nombor dua dunia itu tewas 14-21, 19-21 dalam masa 40 minit, menjadikan ia kekalahan kedua berturut-turut kepada pasangan Indonesia tersebut selepas pertembungan di  Terbuka China pada Julai lepas.

Kekalahan itu bermakna tiada lagi wakil Malaysia dalam kejohanan itu. 

Sementara itu, Fajar dan Muhammad Shohibul akan berdepan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae di final 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan