SEPANG, 26 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menonton perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarbangsa Sepang (SIC) di sini hari ini.
Ketibaan Ahmad Zahid bersama ahli keluarganya disambut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif.
Beliau kemudian meninjau seketika kawasan “paddock” sebelum menonton perlumbaan berkenaan.
Ahmad Zahid dijangka menyampaikan trofi kepada pelumba yang memenangi saingan kelas perdana MotoGP, dengan perlumbaan utama dijadual bermula 3 petang ini.
Juara bertahan GP Malaysia daripada Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia akan memulakan saingan di petak utama selepas mengungguli sesi Kelayakan 2 dengan mencatat masa 1 minit 57.001 saat, semalam.
Juara dunia dua kali turut memenangi perlumbaan pecut yang diadakan selepas saingan itu semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial