SUKAN > BERITA

WEI CHONG-KAI WUN MARA KE SUKU AKHIR TERBUKA HYLO

31/10/2025 12:11 AM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hylo selepas menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, malam ini.

Pasangan ranking kelima dunia itu bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan dalam pertarungan tiga set yang sengit, 21-19, 17-21, 22-20,dalam tempoh 52 minit pada aksi pusingan kedua di Arena Tertutup Saarlandhalle, Saarbrucken, Jerman.

Menanti mereka di suku akhir ialah ujian lebih getir apabila dijadual berdepan beregu utama Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri, yang sebelum ini menewaskan pasangan tuan rumah Bjarne Geiss-Jones Ralfy Jansen 21-17, 16-21, 21-13 dalam masa 55 minit.

Dalam pada itu, dua beregu wanita negara turut melangkah ke suku akhir selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Go Pei Kee-Teo Mei Xingbangkit cemerlang menewaskan pasangan Taiwan,Teng Chun Hun-Yang Chu Yun, 9-21, 23-21, 24-22 manakala Ong Xin Yee-Carmen Ting mencatatkan kemenangan straight set ke atas pasangan Sepanyol Nikol Carulla-Carmen Maria Jimenez, 25-23, 21-14.

Sementara itu, perjuangan bekas beregu lelaki No.1 dunia,Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berakhir di pusingan kedua selepas tunduk 9-21, 19-21 kepada pasangan Denmark,Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan