SUKAN > BERITA

WEI CHONG-KAI WUN STAND AS MALAYSIA'S SOLE SURVIVOR AT HYLO OPEN 2025

01/11/2025 12:21 AM

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang mara ke separuh akhir selepas menampilkan aksi bertenaga pada Terbuka Hylo 2025 di Saarbrucken, Jerman, hari ini.

Dalam aksi suku akhir kejohanan Super 500 di Saarlandhalle, pasangan pilihan ketiga itu menewaskan beregu pilihan kelima dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri, dengan keputusan 26-24, 21-19 dalam masa 44 minit.

Pasangan ranking dunia kelima itu akan berdepan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, selepas beregu pilihan keenam Indonesia itu, menafikan pertemuan sesama Malaysia di separuh akhir dengan mengejutkan pilihan utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 11-21, 21-14, 21-17 dalam masa 56 minit.

Sementara itu, perjuangan dua beregu wanita negara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing dan Ong Xin Yee-Carmen Ting, terhenti di suku akhir.

Pasangan pilihan keempat Pei Kee-Mei Xing, terpaksa menarik diri pada set kedua selepas Pei Kee mengalami kecederaan buku lali ketika ketinggalan 13-14 kepada pasangan pilihan kelapan dari Turkiye, Bengisu Ercetin-Nazlican Inci, setelah tewas pada set pertama 13-21.

Pasangan pilihan keenam, Ong Xin Yee-Carmen Ting, pula tumpas 17-21, 16-21 kepada pasangan pilihan kedua dari Taiwan, Hsu Yin Hui–Lin Jhih Yun.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan