SUKAN > BERITA

AARON-WOOI YIK KE SUKU AKHIR TERBUKA HYLO

31/10/2025 10:20 AM

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka Hylo 2025 selepas melepasi halangan gandingan Republic Czech Jiri Kral-Ondrej Karl, awal pagi ini.

Pilihan utama kejohanan mengambil masa 38 minit sebelum menyingkirkan pasangan adik-beradik itu dengan 21-9, 22-20.

Pasangan negara akan berdepan wakil Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi yang mengecewakan beregu perancis Christo Popov-Toma Junior Popov 21-12, 21-15.

Perjalanan dua pemain perseorangan wanita negara terhenti awal apabila K Letshanaa dan S Kisona terkandas di pusingan kedua kepada lawan masing-masing.

Letshanaa tunduk kepada Mia Blichfeldt dari Denmark 11-21, 13-21 manakala Kisona pula tidak berjaya melepasi halangan Putri Kusuma Wardani dari Indonesia apabila tewas 11-21, 13-21.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan