KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Tonggak pertahanan, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dan penyerang Muhammad Alif Izwan Yuslan antara 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan bagi menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand, bulan depan.
Kedua-dua pemain muda itu turut disenaraikan bersama skuad Harimau Malaya bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal Selasa lepas.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kem latihan pusat skuad kendalian Mohd Nafuzi Zain itu akan bermula 25 Nov ini.
“Mohd Nafuzi dan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan B-23 akan mengekalkan 23 pemain untuk dibawa ke temasya Sukan SEA di Songkhla pada 7 hingga 18 Disember dan bakal mengadakan dua perlawanan persahabatan tertutup sebelum berlepas ke Thailand,” menurut kenyataan itu.
Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam dan Laos. Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik layak ke separuh akhir.
Sukan SEA 2025 akan bermula secara rasmi pada 9 hingga 20 Dis ini, melibatkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.
Berikut senarai nama 25 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan bermula 25 Nov ini:
|
No. |
Nama Pemain |
Umur |
Kelab |
|
1. |
Zulhilmi Sharani |
21 |
Johor Darul Ta’zim II |
|
2. |
Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri |
22 |
Johor Darul Ta’zim II |
|
3. |
Muhammad Alif Ahmad |
22 |
Johor Darul Ta’zim II |
|
4. |
Muhammad Shafizan Mohamad Arshad |
20 |
Johor Darul Ta’zim II |
|
5. |
Ziad El Basheer Norhisham |
22 |
Johor Darul Ta’zim II |
|
6. |
Ariff Safwan Mohd Safri |
20 |
Johor Darul Ta’zim II |
|
7. |
Danish Hakimi Sahaludin |
20 |
Johor Darul Ta’zim II |
|
8. |
Muhammad Shukur Fariz Januri |
22 |
Johor Darul Ta’zim II |
|
9. |
Muhammad Faris Danish Mohd Asrul |
19 |
Johor Darul Ta’zim II |
|
10. |
Moses Raj |
20 |
Selangor II |
|
11. |
Muhammad Aiman Hakimi Othman |
20 |
Selangor II |
|
12. |
Muhammad Aiman Yusuf Muhammad Nabil |
19 |
Selangor II |
|
13. |
Muhammad Abu Khalil |
20 |
Selangor II |
|
14. |
Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon |
20 |
Selangor II |
|
15. |
Rohisham Haiqal Hashim |
20 |
Selangor II |
|
16. |
Abdul Rahman Daud |
21 |
Selangor II |
|
17. |
Muhammad Alif Izwan Yuslan |
21 |
Selangor |
|
18. |
Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili |
22 |
Terengganu |
|
19. |
Muhammad Zachary Zahidadil |
20 |
Terengganu |
|
20. |
Fergus Tierney |
22 |
Sabah |
|
21. |
Muhammad Akmal Hakim Rosli |
21 |
Kedah FA |
|
22. |
Muhammad Haqimi Azim Rosli |
22 |
Kuala Lumpur City |
|
23. |
Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri |
22 |
Negeri Sembilan |
|
24. |
Ahmad Haziq Kutty Abba |
21 |
Penang |
|
25. |
Muhamad Haziq Mukriz Mohamed Hasemuddin |
22 |
UM-Damansara |
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial