KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan kejuaraan kedua musim ini selepas muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025 di Sydney hari ini.
Pada aksi final kejohanan Super 500 yang berlangsung di Quaycentre, Olympic Boulevard itu, juara dunia dan pilihan utama itu meneruskan dominasi untuk mengecewakan pilihan kedua dari Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu 21-16, 21-11 dalam tempoh 42 minit.
Kejayaan itu melebarkan rekod bersih lima kemenangan Tang Ji-Ee Wei ke atas gandingan ranking ke-11 dunia berkenaan.
Ia juga adalah pentas final ketiga Tang Jie-Ee Wei musim ini selepas muncul juara dunia pada Ogos lepas.
Kemenangan itu membolehkan kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai USD37,525 (kira-kira RM155,835).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial