SUKAN > BERITA

SHAHMALARANI MAHU PERTAHAN EMAS KARATE DI THAILAND

24/11/2025 01:59 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Atlet karate negara C. Shahmalarani bertekad mempertahankan pingat emas acara bawah 50 kilogram (kg) kumite wanita pada Sukan SEA 2025 di Thailand yang akan membuka tirainya bulan hadapan.

Jaguh karate berusia 26 tahun itu berkata fokusnya sebagai juara bertahan selepas memenangi emas di Sukan SEA 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja.

“Mempertahankan gelaran ini sangat mencabar, tetapi ia menjadi motivasi untuk mendapatkan hatrik emas di Thailand,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Shahmalarani menegaskan tumpuan utamanya kini adalah persiapan diri sendiri, tanpa memberi perhatian kepada pencabar lain menjelang Sukan SEA 2025.

Atlet kelahiran Selangor itu akan beraksi di Kejohanan Dunia di Kaherah, Mesir pada 27 Nov sebagai persiapan sebelum mempertahankan emas di Thailand.

“Fokus saya buat masa ini adalah Kejohanan Dunia. Selepas itu, barulah saya menumpukan perhatian kepada Sukan SEA, dan sudah pasti saya mahu mempertahankan emas di sana,” katanya.

Sebelum ini, Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) meletakkan sasaran tiga pingat emas untuk kem karate negara di Sukan SEA 2025.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan