SUKAN > BERITA

CABARAN AIFA DI TERBUKA HONG KONG BERAKHIR

03/12/2025 06:00 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cabaran pemain skuasy wanita negara Aifa Azman di Terbuka Hong Kong 2025 berakhir selepas tersingkir pada pusingan kedua hari ini.

Dalam aksi di Pusat Skuasy Hong Kong, Aifa tewas kepada pilihan kedua kejohanan Amina Orfi dari Mesir dengan keputusan 11-7, 11-6, 11-7.

Amina yang juga pemain nombor tiga dunia akan menentang wakil Jepun Satomi Watanabe selepas pemain pilihan keenam itu berjaya mencatatkan kebangkitan untuk menewaskan Sana Ibrahim dari Mesir 9-11, 11-8, 11-5, 11-8.

Cabaran Malaysia kini bergantung kepada seorang lagi pemain, S. Sivasangari yang akan berdepan wakil Mesir Hania El Hammamy dalam saingan suku akhir esok.

Semalam, Sivasangari melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Melissa Alves dari Perancis dengan keputusan 11-8, 5-11, 11-5, 11-7.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan