Daripada Muhammad Afiff Md Adnan
BANGKOK, 11 Dis (Bernama) -- Pelumba berbasikal bukit (MTB) negara Zulfikri Zulkifli menambah koleksi pingat kontinjen negara selepas meraih pingat perak acara cross country Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.
Dalam saingan di Zoo Terbuka Khao Kheow, Choburi hari ini, Zulfikri mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menamatkan cabaran dengan catatan masa 1 jam 35.277 saat, ketinggalan 3.587s di belakang pemenang pingat emas Rendy Varera dari Indonesia.
Pingat gangsa dimenangi Mark Louwel dari Frilipina dengan 1:41.859s.
Ia merupakan pingat pertama kem berbasikal bukit negara pada temasya kali ini, selepas berputih mata semalam dalam acara downhill wanita.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial