SUKAN > BERITA

SUKAN SEA: AMIR DANIEL JELMAKAN PINGAT EMAS JUDO

13/12/2025 07:41 PM

Daripada Muhammad Afiff Md Adnan

BANGKOK, 13 Dis (Bernama) -- Atlet negara Amir Daniel Abdul Majeed membutirkan pingat emas pertama kem judo pada Sukan SEA 2025 selepas menjuarai kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki hari ini.

Atlet berusia 21 tahun itu meraih emas selepas menewaskan wakil Filipina Ferrer John Viron di Rajamangala Auditorium, Rajamangala University of Technology Thanyaburi.

Terdahulu, Amir Daniel mara ke pusingan akhir selepas menewaskan wakil Indonesia Hartato Diki pada separuh akhir.

Kejayaan itu menjadi satu pencapaian baharu buat Amir Daniel selepas terpaksa berpuas hati meraih pingat gangsa dalam acara bawah 73kg pada dua edisi lepas.

Dalam pada itu, atlet wanita Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir turut menyumbang kutipan pingat kem judo apabila meraih gangsa bagi kategori atas 78kg.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan