SUKAN > BERITA

NUR SYAFIQAH BAWA PULANG EMAS PENCAK SILAT TUNGGAL PUTERI

14/12/2025 08:07 PM

Daripada Muhammad Afiff Md Adnan

BANGKOK, 14 Dis (Bernama) -- Pesilat negara Nur Syafiqah Hamzah, mencipta detik gemilang apabila meraih pingat emas sulungnya di pentas Sukan SEA 2025 selepas menjuarai acara tunggal puteri hari ini.

Syafiqah dinobatkan juara selepas mengumpul 9.960 mata pada perlawanan akhir yang berlangsung di Impact Arena, Muang Thong Thani, menewaskan pesilat Brunei, Nur Wasiqah Aziemah Rosihan yang meraih 9.920 mata.

“Sejujurnya, perasaan ini sangat istimewa sebab ini emas pertama saya di Sukan SEA. Saya memang sudah lama impikan detik ini, bila akhirnya jadi kenyataan, rasa sangat bersyukur dan terharu.

“Tentang persembahan keseluruhan, saya berpuas hati. Saya berjaya kawal emosi, kekalkan fokus dan buat yang terbaik di gelanggang. Kemenangan ini bagi saya bukan penamat, tetapi satu langkah permulaan untuk cabaran yang lebih besar selepas ini,” katanya selepas dihubungi.

Kejayaan berkenaan menamatkan penantian panjang Malaysia dalam acara tunggal puteri, dengan kali terakhir dimenangi Suzy Sulaiman pada edisi Sukan SEA 2005 di Filipina.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan