Oleh Amiril Muttaqien Meketar
BANGKOK, 14 Dis (Bernama) -- Skuad boling negara memulakan kempen Sukan SEA Thailand 2025 dengan meraih pingat gangsa menerusi Muhammad Syazirol Shamsudin dalam acara perseorangan lelaki di sini hari ini.
Muhammad Syazirol tersingkir di separuh akhir apabila kalah tipis 211-210 kepada wakil tuan rumah Buspanikonkul Napat, dan berkongsi pingat gangsa dengan atlet Filipina San Jose Mark Jesus, pada aksi yang berlangsung di Blu-O Rhythm & Bowl, Major Cineplex Ratchayothin.
San Jose sebelum itu tewas kepada wakil Vietnam Tran Hoang Khoi 226-149 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Buspanikonkul kemudian merangkul emas menewaskan Tran Hoang 235-210 pada aksi final.
Sementara itu, pemenang pingat emas dua kali Sukan SEA Muhammad Rafiq Ismail tersingkir di suku akhir apabila tewas 266-215 kepada San Jose.
Aksi boling diteruskan esok dengan acara perseorangan wanita.
Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Dis di dua wilayah, Bangkok dan Chonburi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial