SUKAN > BERITA

SUKAN SEA: MEGAN BERAKSI CEMERLANG DALAM ACARA DRESSAGE INDIVIDU

16/12/2025 02:49 PM

Daripada Amiril Muttaqien Meketar

BANGKOK, 16 Dis (Bernama) -- Atlet ekuestrian negara Megan Min Ern Ding mengutip pingat emas dalam acara dressage individu pada Sukan SEA 2025 di Chonburi hari ini.

Menunggang kudanya Gaudi Vita, Megan menyempurnakan ujian gaya bebas dengan elegan dan tersusun, tampil keharmonian, ketepatan serta kawalan untuk memukau para juri di Thai Polo & Equestrian Club di Pattaya.

Kutipan keseluruhan 76.525 mata yang dilakukan ternyata sukar dicabar, sekali gus memaksa atlet Thailand Pawarisa Thongpradup berpuas hati dengan pingat perak selepas mengumpul 71.135 mata.

Rakan senegara Pawarisa, Nynn Puttisombat melengkapkan kedudukan podium dengan 70.410 mata untuk pingat gangsa.

Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini di dua wilayah, iaitu Bangkok dan Chonburi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan