Daripada Muhammad Zulkarnain Mohd Azman
JAKARTA, 21 Jan (Bernama) -- Selangor Red Giants (SRG) mengesahkan slot ke final upper bracket Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M7 selepas menewaskan wakil Turkiye, Aurora Gaming 3-2.
Pada aksi separuh akhir upper bracket yang berlangsung di Stadium Tenis Tertutup Istora Senayan di sini hari ini, SRG bermula dengan langkah kiri apabila tewas pada perlawanan pertama.
Bagaimanapun, anak buah Michael Angelo Bocado (Arcadia) bangkit menyamakan kedudukan pada perlawanan kedua selepas mempamerkan aksi yang cemerlang.
Aurora kembali mendahului selepas memenangi perlawanan ketiga namun SRG sekali lagi menunjukkan persembahan mantap untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada perlawanan keempat, sekali gus mengheret perlawanan ke aksi penentuan.
Pada perlawanan kelima, SRG tampil lebih tenang dan tersusun sebelum menutup kemenangan 3-2, sekali gus melayakkan diri ke final upper bracket M7.
“Apa yang ditampilkan Aurora hari ini sangat berbeza dan seolah mereka mempunyai ‘kad’ yang mereka tunggu untuk dimainkan ke atas kami.
“Dalam perlawanan yang kita menang, kita dapat membaca bagaimana mereka ingin bermain di awal perlawanan dan berusaha menyesuaikan diri dengan cepat,” kata Arcadia.
SRG dijadual bertemu sama ada Aurora PH atau Alter Ego dari Indonesia yang akan turun dalam satu lagi aksi separuh akhir upper bracket.
Untuk rekod pencapaian terbaik SRG di Kejohanan Dunia MLBB adalah pada edisi M6 dengan menamatkan saingan di tempat ketiga.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial