PUTRAJAYA, 24 Jan (Bernama) -- Projek naik taraf Stadium Hoki Haji Mohd Said di Seremban 2, Negeri Sembilan dijangka bermula Mei ini, tertakluk kepada proses penilaian tender dan pelantikan kontraktor.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan projek berkenaan ditender pada 24 Disember 2025, dengan tarikh tutup iklan tender pada 12 Februari ini.
“Projek mengalami sedikit kelewatan kerana perlu melalui beberapa proses penyelarasan termasuk kerja ukur tanah, pindaan spesifikasi dan pengesahan reka bentuk konsep sebelum tender dilaksanakan. Semua langkah itu juga perlu selaras dengan siling bajet diluluskan,”menurut kenyataan KBS hari ini.
Menurut KBS, projek akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala kementerian akan memantau bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar mengikut jadual.
“Kami berharap projek ini dapat dimanfaatkan rakyat, khususnya di Negeri Sembilan, serta memangkinkan pembangunan sukan hoki,” kata KBS.
Stadium berkenaan ditutup sejak 2020 akibat kerosakan rumput tiruan, sistem perparitan dan lampu limpah. Pada Februari 2024, KBS memperuntukkan RM5 juta bagi menaik taraf fasiliti itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial