SUKAN > BERITA

PIALA MALAYSIA: KUCHING CITY SELANGKAH KE SEPARUH AKHIR, TEWASKAN DPMM 3-1

07/02/2026 10:56 PM

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kuching City FC membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan DPMM 3-1 pada perlawanan pertama di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei.

Di sebalik tentangan tuan rumah, skuad The Cats berjaya mendahului menerusi jaringan pemain import, Jerome Mpacko Etame yang bijak menolak masuk hantaran Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-39.

Bersambung babak kedua, DPMM kembali menyamakan kedudukan apabila pertahanan Kuching City FC James Okwuosa tertampan masuk hantaran Miguel Oliveira untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Kuching City FC berjaya memimpin semula perlawanan pada minit ke-64 apabila sepakan penjuru Petrus Shitembi ditumbuk masuk penjaga gol DPMM Muhammad Haimie Abdullah Nyaring untuk meletakkan pasukan pelawat kembali di hadapan.

Pemain sayap Kuching City Muhammad Ramadhan Saifullah Usman melengkapkan kemenangan bergaya The Cats apabila menyumbat gol ketiga pada minit ke-83 untuk memastikan kemenangan 1-3 memihak pasukan pelawat.

Meskipun tewas, DPMM masih berpeluang untuk mara ke suku akhir apabila turun bagi aksi timbal balik menentang Kuching City pada 14 Feb ini di Stadium Negeri Sarawak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan