SUKAN > BERITA

TERBUKA JERMAN: PERJUANGAN LING CHING BERAKHIR DI SUKU AKHIR

27/02/2026 11:28 PM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Cabaran pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching pada Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2026 berakhir di pusingan suku akhir selepas tunduk kepada wakil China Han Qian Xi di Mulheim hari ini.

Meskipun hadir dengan motivasi tinggi susulan kejayaan mengejutkan bintang nombor lapan dunia Pornpawee Chochuwong dari Thailand semalam, pemain ranking ke-41 dunia itu gagal mengekalkan momentum sama apabila tewas straight set 16-21, 13-21 dalam tempoh 39 minit.

Kekalahan atlet berusia 22 tahun itu menyaksikan Malaysia kini menyandarkan harapan kepada dua lagi wakil yang berjaya melangkah ke peringkat suku akhir.

Gandingan beregu campuran profesional negara yang juga juara edisi 2018, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dijadualkan menyambung cabaran menentang pasangan gabungan Singapura-Indonesia Terry Hee-Gloria Emanuelle Widjaja.

Turut membawa harapan negara ialah bekas juara beregu lelaki edisi 2022, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang akan berentap dengan wakil Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin awal pagi ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan