KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Tiga pemain naturalisasi bola keranjang dijangka mengambil masa lebih lama untuk boleh mewakili pasukan Malaysia di kejohanan antarabangsa.
Ketua Komunikasi Korporat Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Sim Leong Kun berkata ia susulan permohonan yang dibuat pada bulan lepas masih belum mendapat lampu hijau Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA).
“Mereka mungkin tidak dapat bermain untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia sebab proses (permohonan) ini ambil masa dua bulan.
“Jadi tidak sempat untuk menyenaraikan mereka dalam senarai panjang, mungkin mereka ini akan memperkuatkan skuad Sukan SEA,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.
Sebelum ini MABA mengumumkan Joseph Obasa, Tychique Bosango dan Aalia Carlson secara rasmi melengkapkan proses naturalisasi.
Selepas semua dokumentasi disempurnakan, ketiga-tiga pemain layak mewakili Malaysia dalam semua kejohanan di bawah FIBA, termasuk format 5 sebelah dan 3 sebelah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial