SUKAN > BERITA

AZEEM BANTU KUARTET 4X100 AUBURN RAIH EMAS DI YELLOW JACKET INVITATIONAL

22/03/2026 11:23 AM

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berjaya membantu kuartet 4x100 meter (m) Universiti Auburn meraih emas di Kejohanan Yellow Jacket Invitational di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) hari ini. (Sabtu waktu AS).

Muhammad Azeem bersama-sama Alejandro Cardenas, Ian Myers dan Tyler Davis menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39.75 untuk berada di kedudukan pertama.

Tempat kedua acara itu dimenangi kuartet Universiti Lipscomb yang dibarisi Emery Eckert, Joel Nimoh, Wessel Vandernest, Justin Davis dengan catatan masa 41.93s.

Tiada pemenang ketiga direkodkan bagi acara itu selepas baki lima pasukan yang mengambil bahagian acara itu diklasifikasikan sebagai tidak menamatkan perlumbaan (DNF) dan tidak memulakan saingan (DNS).

Untuk rekod ini merupakan pingat kedua Muhammad Azeem di kejohanan itu selepas berjaya meraih perak dalam acara 100 m semalam.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan