SUKAN > BERITA

PBA INDIANA CLASSIC: TIMMY TAN TERLEPAS PELUANG RAIH GELARAN PERTAMA

23/03/2026 12:16 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Hasrat atlet boling negara, Timmy Tan untuk meraih gelaran pertama pada Jelajah Persatuan Pemain Boling Profesional (PBA) tidak kesampaian apabila menamatkan saingan Indiana Classic di tempat keempat, di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Pemain berusia 31 tahun itu tersingkir selepas tewas 172-202 kepada atlet tuan rumah, EJ Tackett dalam perlawanan kedua final stepladder di Pro Bowl West, Fort Wayne, Indiana.

Seorang lagi atlet AS, Marshall Kent muncul juara selepas menewaskan rakan senegara, Boog Krol, dengan keputusan 152-136 dalam aksi penentuan kejuaraan.

Terdahulu, Timmy menamatkan pusingan kelayakan di tempat ketiga dengan 8,689 jatuhan pin di belakang Boog Krol yang mendahului kedudukan dengan 8,765 jatuhan pin.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan