SUKAN > BERITA

ACC 2026: TRIO NEGARA RAIH PERAK ACARA PECUT ELIT BERPASUKAN WANITA

25/03/2026 08:45 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Skuad berbasikal trek wanita negara memenangi pingat perak dalam acara pecut elit berpasukan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Tagaytay City Velodrome, Filipina hari ini.

Trio negara dibarisi Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nur Alyssa Mohd Farid mencatat masa 48.652 saat (s) untuk meraih pingat berkenaan.

Pingat emas menjadi milik China yang dibarisi Xuehuang Luo, Lijuan Wang dan Liying Yuan dengan catatan masa 46.806s.

Dalam pada itu, impian skuad pecut elit lelaki negara untuk menuai pingat gangsa dalam acara sama tidak kesampaian.

Mohd Akmal Nazimi Jusena, Muhammad Ridwan Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang mencatat masa 44.405s tewas dalam perlumbaan penentuan pingat kepada pelumba Hong Kong dibarisi Tsz Chun Mok, Cheuk Hei To dan Tsun Ho Yung (43.741s).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan