WILAYAH - UTARA > BERITA

100 RUMAH ROSAK AKIBAT RIBUT DI SIK

19/09/2024 02:52 PM

SIK, 19 Sept (Bernama) -- Sebanyak 100 rumah rosak akibat ribut yang melanda beberapa kawasan di daerah ini petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik Lt. (Pertahanan Awam) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata dianggarkan seramai 300 penduduk terjejas akibat kejadian kira-kira 2.30 petang itu. 

"Sebanyak 100 buah rumah yang terjejas ribut semalam membabitkan dua mukim iaitu 73 kes di Mukim Sik dan 27 kes di Mukim Jeneri.

"Ada rumah dihempap pokok tumbang dan ada yang bumbung diterbangkan ribut. Anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 81 kes pokok tumbang dilaporkan berlaku hingga 10 pagi tadi.

"Susulan ramalan cuaca pada tahap berjaga-jaga hingga 21 Sept, orang ramai diminta berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling.

"Sebarang kes kecemasan, orang ramai di Daerah Sik boleh menghubungi APM Sik di talian 0108177991 atau talian kecemasan 999," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan