WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KEMUDI MIDA REDAH CABARAN, SULAIMAN MAHBOB TINGGAL LEGASI DALAM LANDSKAP PELABURAN MALAYSIA

20/09/2024 09:13 AM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Seiring perjalanan mengakhiri tanggungjawab sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2 Sept, 2024, kepimpinan Tan Sri Sulaiman Mahbob terbukti meninggalkan jejak yang sukar dilenyapkan dalam landskap pelaburan Malaysia.

Di bawah kepimpinan beliau, MIDA mengharungi cabaran global yang belum pernah berlaku sebelum ini dan seterusnya meletakkan Malaysia sebagai destinasi berdaya tahan dan menarik untuk pelaburan berkualiti tinggi.

Kejayaan MIDA juga menjadi bukti komitmen agensi itu dalam menarik serta mengekalkan pelaburan yang menjadi pemacu kemakmuran ekonomi selain mewujudkan pelbagai peluang untuk dimanfaatkan oleh negara ini.

 

Mengharungi krisis global

 

Era pasca-COVID-19 mencetuskan cabaran amat asing bagi ekonomi global dan menjejaskan aliran pelaburan serta operasi perniagaan secara berleluasa.

Sebagaimana kebanyakan negara lain, Malaysia tidak terkecuali apabila melaksanakan perintah berkurung yang ketat selain sekatan perjalanan yang memberi impak terhadap landskap ekonomi negara.

Dalam senario sedemikian, MIDA sebaliknya dapat mengharungi cabaran itu dan memastikan Malaysia kekal sebagai hab pelaburan yang berdaya maju biarpun dalam persekitaran berdepan krisis.

Bagi mengekalkan momentum pelaburan, MIDA telah bertindak memperkenalkan kemudahan Pusat Sehenti (OSC) pada Oktober 2020.

Berkongsi pengalaman itu dengan Bernama, Sulaiman berkata OSC berperanan penting bagi memudahcara kemasukan pengembara perniagaan ke Malaysia selain memastikan pelaburan penting diteruskan walaupun sempadan ditutup.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan langkah membuka Pusat Pengembara Perniagaan (BTC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Mac 2021 yang menyediakan proses untuk kemudahan pengembara perniagaan, termasuk saringan COVID-19 di lapangan," katanya.

Sulaiman berkata inisiatif sedemikian penting dalam usaha mengekalkan keyakinan pelabur ketika kebanyakan ekonomi pada masa itu sedang menguncup.

Usaha itu ternyata membuahkan hasil dan menyaksikan Malaysia meluluskan pelaburan melebihi RM900 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2023 dengan sebahagian besarnya kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Angka ini jelas menunjukkan daya tahan ekosistem pelaburan Malaysia serta kecekapan strategi pengurusan krisis MIDA...saya amat berbangga dengan pencapaian kami,” katanya.

 

Mempercepat transformasi digital

 

Beliau berkata, Malaysia berada di landasan untuk menjadi salah satu masyarakat yang menerajui digital di dunia, justeru, untuk bersaing dalam era kecekapan digital yang menyamai daya saing ekonomi ini MIDA mesti terus kekal berada di hadapan.

Sulaiman menyedari akan keperluan untuk mentransformasikan operasi MIDA untuk disesuaikan dengan permintaan pasaran global yang berubah dengan pesat.

Semasa tempoh kepimpinan beliau beberapa inisiatif digital telah diperkenalkan untuk menyelaraskan proses dan meningkatkan daya tarikan Malaysia kepada pelabur.

Satu peristiwa penting dalam transformasi ini ialah pelancaran Portal InvestMalaysia.

“Platform digital ini mengurangkan dengan ketara masa menunggu dan proses rumit berkaitan permohonan lesen pembuatan, insentif cukai dan pengecualian duti import.

“Portal itu merupakan komitmen MIDA untuk menjadikan Malaysia lebih mesra perniagaan dan aktiviti pelaburan kepada pelabur domestik dan antarabangsa,” kata Sulaiman.

Berlandaskan ini, beliau berkata MIDA memperkenalkan sijil digital bagi kelulusan kritikan pada Ogos 2023.  

“Ini termasuk sijil untuk lesen pengilangan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975, permit di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan sijil Perakuan Perintis.

“Peralihan ke arah pendigitalan ini bukan sahaja mempercepat proses kelulusan tetapi juga meningkatkan ketelusan dan kecekapan, mengukuhkan lagi reputasi Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama,” katanya.

 

 

Penyatuan strategik dan penyelarasan dasar

 

Visi strategik MIDA melangkaui pengurusan krisis segera dengan menerapkan pembaharuan struktur jangka panjang untuk memastikan daya saing Malaysia dalam dunia pasca pandemik.

Inisiatif utama ke arah ini adalah memusatkan aktiviti promosi pelaburan dalam MIDA.

Langkah meletakkan entiti seperti InvestKL Corporation di bawah MIDA, beliau pasti langkah yang lebih tersusun dan berkesan dapat menarik dan mengekalkan pelaburan.

Penggabungan strategik ini berjaya dilaksanakan berikutan penglibatan aktif beliau dalam merangka dasar ekonomi negara.

Sulaiman berkata MIDA memainkan peranan penting dalam membentuk Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) dan Strategi Pelaburan Hijau (GIS).

Dasar ini direka untuk menyelaraskan strategi perindustrian dan pelaburan Malaysia seiring aliran global dan anjakan ekonomi, terutamanya dalam sektor berteknologi tinggi dan mampan.

“Kami juga memberi tumpuan untuk membina dan mengukuhkan ekosistem perindustrian di Malaysia. Ia melibatkan kerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk badan kerajaan, pemimpin industri dan institusi pendidikan, untuk meningkatkan pengalaman pelaburan secara keseluruhan.

“Dengan memupuk kerjasama dan menambah baik kemudahan pelaburan dan perkhidmatan selepas itu, kami menyasarkan untuk menyelaraskan proses dan menyokong pelabur sepanjang perjalanan mereka,” katanya.

 

Tumpuan sektor bernilai, pertumbuhan tinggi 

 

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Sulaiman menyokong usaha pelaburan Malaysia yang memfokuskan kepada sektor dengan pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi. 

Beliau menyedari bahawa untuk Malaysia beralih kepada negara berpendapatan tinggi, tumpuan perlu menarik pelaburan dalam industri yang akan memacu inovasi, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.

MIDA berjaya menarik pelaburan yang besar dalam industri utama seperti perkhidmatan digital, elektrik dan elektronik (E&E), aeroangkasa dan peranti perubatan.

“Sektor-sektor ini bukan sahaja penting untuk masa depan ekonomi Malaysia tetapi turut menentukan kedudukannya dalam ekonomi global.

“Sebagai contoh, sektor E&E yang telah menjadi pemacu penting kepada prestasi eksport Malaysia, manakala pelaburan dalam aeroangkasa dan peranti perubatan telah meletakkan negara sebagai hab bagi pembuatan dan perkhidmatan berteknologi tinggi,” kata Sulaiman.

Sulaiman berkata MIDA telah menubuhkan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) untuk meningkatkan lagi ekosistem pelaburan pada Disember 2023.

Menurutnya IMFC menyasarkan untuk mengurangkan halangan birokrasi dan mempercepat pelaksanaan projek pelaburan.

“Dalam menyediakan hubungan langsung antara pelabur dan agensi kerajaan, IMFC memastikan pelaburan bukan sahaja diluluskan dengan segera malah turut dilaksanakan dengan cekap, sekali gus memaksimumkan impak ekonomi mereka,” katanya.

 

Visi demi masa depan

 

Apabila Sulaiman menamatkan tugasnya, legasi beliau di MIDA adalah antara pandangan jauh yang strategik, boleh disesuaikan dan tumpuan berterusan untuk meletakkan Malaysia bagi kejayaan ekonomi jangka panjang.

Sumbangan beliau bukan sahaja dalam mengukuhkan iklim pelaburan Malaysia, malah meletakkan asas bagi pertumbuhan masa depan dalam persekitaran global yang semakin kompleks dan berdaya saing.

Bagi kemajuan masa depan, Sulaiman menekankan kepentingan ketangkasan dan penyelarasan strategik dengan Kerangka Ekonomi MADANI, yang memberi tumpuan kepada pembinaan ekonomi berteknologi tinggi, berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi.

Menyedari kepentingan itu, beliau menitipkan nasihat untuk penggantinya untuk terus memanfaatkan teknologi digital, memupuk inovasi dan menumpukan kepada sektor bernilai tinggi bagi memastikan Malaysia kekal menjadi destinasi menarik bagi pelabur global.

Walaupun khidmat Sulaiman di MIDA telah berakhir, namun asas yang diletakkannya pasti terus memberi manfaat kepada Malaysia bagi tempoh-tempoh akan datang.

Beliau meninggalkan institusi yang berdaya tahan, sedia mengharungi cabaran dan peluang masa depan demi memastikan Malaysia kekal di barisan hadapan sebagai destinasi pelaburan global.

-- BERNAMA

 

(Penafian: Ini adalah advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, ketepatan dan pendapat yang terdapat dalam artikel ini.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan