WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ISU WAKTU OPERASI KLINIK KESIHATAN TANJONG MALIM DITELITI, DIBAWA KE PERHATIAN KKM - EXCO

04/11/2024 07:42 PM

IPOH, 4 Nov (Bernama) -- Isu waktu pengoperasian Klinik Kesihatan Tanjong Malim akan diteliti dan dibawa ke perhatian Kementerian Kesihatan (KKM), kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti isu berkaitan pindaan waktu operasi klinik berkenaan daripada 24 jam sehari kepada 8 pagi hingga 5 petang.

Beliau ketika dihubungi Bernama berkata rungutan dan kebimbangan penduduk setempat berhubung perkara itu akan dimaklumkan kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Baru-baru ini media melaporkan Klinik Kesihatan Tanjong Malim menghentikan operasi 24 jam bermula 1 Ogos lepas dengan alasan menyeragamkan operasi seperti klinik luar di bandar lain, dan ia dikatakan telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk tempatan.

Klinik Kesihatan Tanjong Malim terletak dalam lingkungan kawasan yang berhampiran dengan Proton City dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ia sekali gus menjadikan klinik itu sebagai fasiliti penting bagi penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan