WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WASPADA JEMPUTAN MESYUARAT PELAKSANAAN PROJEK MENARA 5G DAN JENDELA 2 - MCMC

05/11/2024 12:02 AM

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan penyebaran jemputan mesyuarat mengenai pelaksanaan projek menara 5G dan projek JENDELA 2 di Sabah yang didakwa berlangsung di sebuah hotel di ibu negara esok. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi kenyataan malam ini memaklumkan jemputan itu adalah tidak benar dan ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memperdaya orang ramai.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh MCMC berhubung perkara tersebut,” menurut kenyataan itu. 

Menurut MCMC, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai pelaksanaan projek sedemikian akan dibuat mengikut saluran rasmi suruhanjaya itu.

Justeru, suruhanjaya itu menggesa orang ramai agar melayari laman rasmi MCMC bagi mendapatkan kepastian dan pengesahan mengenai majlis yang dianjurkannya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan