WILAYAH - SARAWAK > BERITA

YANG DIPERTUAN MUDA TERENGGANU MAHU KERAJAAN NEGERI JALIN KERJASAMA DENGAN PERSEKUTUAN UNTUK LINDUNGI BIODIVERSITI

06/11/2024 06:04 PM

Baginda bertitah usaha kerjasama tersebut perlu dijalankan di pelbagai peringkat dan secara berterusan demi memelihara keseimbangan alam untuk kebaikan manusia sejagat.

Titah baginda, biodiversiti atau kepelbagaian biologi yang merangkumi semua hidupan dalam ekosistem bumi kini berdepan ancaman disebabkan perubahan iklim, pemusnahan habitat, pencemaran kimia, dan pencerobohan atmosfera.

“Biodiversiti adalah anugerah Tuhan kepada kita, satu nikmat besar dalam kehidupan. Ia penting untuk mengekalkan keseimbangan alam. Usaha melindungi biodiversiti bukanlah mudah. Oleh itu, penting untuk wujudkan kerjasama khusus antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat bagi memastikan biodiversiti terpelihara.

"Kerjasama dalam aspek kepakaran saintifik dan teknikal, data yang komprehensif, sumber kewangan serta penyelarasan dasar perlu diperkukuh. Pada masa yang sama, ia juga membuka ruang untuk kerjasama dengan sektor swasta, ahli akademik, komuniti setempat dan entiti lain dalam melaksanakan tanggungjawab bersama menjaga kepelbagaian biologi demi manfaat negara keseluruhannya," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Seminar Biodiversiti Terengganu 2024: Safeguarding Biodiversity For Sustainable Future di sini.

Seramai 300 peserta termasuk ahli akademik, wakil badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar dan kakitangan agensi kerajaan menyertai seminar tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan