WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MCMC JALAN KAJIAN PENILAIAN KETERSEDIAAN 5G UNTUK INDUSTRI MALAYSIA

07/11/2024 11:28 AM

PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menjalankan Kajian Penilaian Ketersediaan 5G untuk Industri Malaysia.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan kajian kali pertama berkenaan yang akan dijalankan hingga 1 Dis ini bertujuan menganalisis jurang penerimaan 5G dalam kalangan syarikat dalam industri yang dikenal pasti di Malaysia.

Kajian ini akan menilai kesediaan syarikat dalam mengadaptasi teknologi berasaskan 5G, mengenal pasti cabaran penggunaan 5G dalam kalangan syarikat serta mendapatkan input untuk inovasi yang lebih baik dan meningkatkan kualiti penyedia perkhidmatan.

“Ketersediaan perkhidmatan 5G yang meluas akan menyokong industri-industri kritikal terutamanya dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam aspek inovasi, kecekapan dan daya saing mereka dalam landskap digital yang pantas berkembang,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan, penyertaan oleh pihak perusahaan adalah penting dalam menyokong inisiatif MCMC dan MIDA untuk memajukan penyebaran teknologi 5G.

Syarikat-syarikat dijemput untuk mengambil bahagian dengan mengakses portal kajian menerusi pautan https://survey.zohopublic.com/zs/PTD3Mj

Sebarang perubahan terhadap tempoh kajian akan diumumkan menerusi laman web MCMC http://www.mcmc.gov.my.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan