WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KERAJAAN PERPADUAN SELANGOR BINCANG PENUBUHAN JAWATANKUASA SEKRETARIAT

08/11/2024 12:48 AM

SHAH ALAM, 7 Nov (Bernama) -- Mesyuarat pertama Sekretariat Perpaduan Negeri Selangor hari ini membincangkan mengenai penubuhan jawatankuasa sekretariat dan gerak kerja untuk menyatupadukan parti di bawah naungan Kerajaan Perpaduan Selangor.

UMNO Selangor dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan dua perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Perpaduan Selangor Dr Mohd Khairuddin Othman, yang juga Setiausaha PKR negeri.

Mesyuarat berkenaan dihadiri Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Dr Mohamed Satim Diman.

Turut hadir wakil pimpinan dari parti komponen MCA, MIC serta sayap Wanita dan Pemuda, serta setiausaha kerja peringkat negeri.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan